Wednesday 5 December 2012

Tinta Duka Bersulam Doa : Sentuhanmu Ayahanda

Hari-hari yang ku lalui kini
terasa kosong
ayahanda tiada lagi didunia ini
tapi tetap terasa kehadiran auranya
tatkala pulang
di kampung halaman
di pondok kecil kita
kenangan kita di mana-mana sahaja

Dulu
tiap kali turun sahaja di bumi pahang
ayahanda akan setia
setia menjemputku di terminal bas
walaupun dalam keadaan letih,mengantuk,
ayahanda tetap menunggu ketibaanku di kala subuh itu
disaat orang lain sedang tidur
ayahanda menggagahi kudratnya untuk memandu
memandu kereta tua nya

Sekarang
ayahanda tiada lagi
apa yang tinggal
hanya secebis kenangan
kenangan yang pernah dicoretkan bersama
saat menemani ayahanda ke ladang
membaja,menebas semak samun
dan memberi lembu garam
pada malamnya membawaku ke sungai
mencari rezeki
membuat bekalan makanan
dan menjadi bahan jualan
tak pernah ku lupa
segala pesanan yang ayahanda ucapkan
selang tempoh kita bersama
di pondok usang
di tepi sungai
akan ku jadikan panduan hidup
selama roh di kandung jasad

Nanti
akan ku didik anakku
sepertimana dirimu mendidikku sejak kecil
ketegasanmu menjadikan diriku menjadi manusia
manusia yang dewasa
dalam mengenal erti kehidupan
setiap kata-katamu
bersemadi dalam kamus ingatanku

Doaku
semoga ayahanda damai disana
diletakkan di tempat orang-orang beriman
roh mu dicucuri rahmat illahi
menuju syurga abadi...

Dalam kenangan.....Ayahanda :
Ab Aziz bin Mohamad
06.12.1958
27.01.2012


1 comment: