Thursday 27 December 2012

Apabila Lelaki masuk dapur

Assalamualaikum....

Hari ini kena jadi chef kt ofis lagi.kali ni kena ajar budak2 kat ofis ni masak char kuew teaw.Tapi, ajar lisan jela. pandai2 diorang la imagine sendiri. Selepas dah berbuih mulut aku ni mengajar,last2 diorang mintak aku tulis je resepinyer....hadoiyai...mintak awal2 kan senang...hehehe ^-^

Maka,inilah resepinya :


Char Kuew Teaw
Bahan-bahan :
1.cili kering(kisar)
2.cili sos
3.sos tiram
4.sos lada hitam
5.kicap pekat dan cair
6.udang/kerang(rebus)
7.taugeh/kucai
8.bawang putih dan udang(kisar)

Cara-cara :
1.Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih dan udang ( yang dikisar) ,masukkan cili kering (yang dikisar) , sedikit cili sos , sedikit sos tiram, sedikit sos lada hitam dan kicap.
3.Tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.Tambahkan dua gelas air kosong (jika suka kuah banyak,masukkan lebih banyak air) dan satu senduk air rebusan udang.(boleh juga gunakan air rebusan udang sepenuhnya)
5.Tunggu sehingga mendidih.Kemudian,masukkan kuew teaw ,udang atau kerang.
6.Masukkan taugeh atau kucai.
7.Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu ke dalam kuali. (sebiji telur untuk segenggam kuew teaw.)Kacau sekejap sebelum api ditutup.
*Elakkan telur dari menjadi beku dan kuah menjadi kering.
*Bahan-bahan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jumlah hidangan yang ingin dimasak.

1 comment:

  1. The 5 Best New Casinos in 2021 - Mapyro
    Where to Stay in Las Vegas · A&M Las Vegas · Wynn Las Vegas · Caesars Palace · 삼척 출장샵 The 밀양 출장마사지 Venetian 충주 출장안마 · The Wynn Las Vegas · 춘천 출장샵 Wynn Las Vegas 김포 출장샵 · Wynn Macau.

    ReplyDelete