Wednesday 26 December 2012

KESEMPATAN VS MASA

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan seharian,mesti ada juga yang terluah dari mulut masing-masing, "kalaulah ada masa" , "kalaulah ada kesempatan" , "kalaulah dapat undurkan masa dulu", bla bla bla....Kita selalu cakap tak sempat nak buat sesuatu kan...ada masanya kita salahkan masa yang tak cukup.Memang sudah menjadi lumrah manusia, bagi 24 jam sehari pun masih tak cukup. Kalau bagi 50 jam sehari pon tak akan cukup juga. Bila ada masa,banyak yang dilengah-lengahkan. Bila tak sempat, dah dekat dateline, baru kelam kabut kan??? Bukan cakap kat orang lain, orang yang tulis ni pun sama jer.

Pernah dengar ungkapan ni :
"Rebut masa lapang sebelum tiba waktu sempit"

Maksud ungkapan tu, bila ada masa terluang tu, isi la dengan perkara yang berfaedah. Kalau ada tugasan yang perlu disiapkan, siapkanlah secepat mungkin. Bila tiba masa sibuk nanti, mula la panik. Tak tahu yang mana nak dibuat dahulu. Takut,risau,cuak. Semua perasaan tu bercampur baur kan? Macam yang saya alami sekarang, tinggal lagi seminggu nak present thesis, nak buat hard cover lagi. Banyak perkara perlu diselesaikan. Jadi, kena susun jadual ikut masa yang tinggal ni. Terpaksa lakukan 'pecutan terakhir' untuk siapkan segalanya. Jangan risau, berdoalah kepada ALLAH supaya dipermudahkan segala kerja kita. Kan kepada ALLAH sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolongan??? All is well...In Sha ALLAH , everything gonna be okay...^-^




No comments:

Post a Comment