Thursday 17 January 2013

Muhasabah Diri

Assalamualaikum....

Cara-cara Muhasabah Diri :
-Pandang cermin,dan tanya diri sendiri :
1.Apa yang kita sedang buat hari ini?
2.Apa yang kita telah buat semalam?
3.Apa yang kita akan buat pada hari esok?
4.Adakah hari ini lebih baik dari hari semalam?
5.Adakah yang kita rancangkan berbuahkan hasil?
6.Adakah masa kita diisikan dengan perkara-perkara yang berfaedah?
7.Apakah yang kita mampu buat untuk diri kita?
8.Apakah yang kita mampu buat untuk keluarga kita?
9.Apakah yang kita mampu buat untuk masyarakat kita?
10.Apakah yang kita mampu buat untuk negara kita?
11.Apakah yang kita mampu buat untuk dunia kita?
12.Apakah yang kita mampu buat untuk agama kita?

-Jawapannya, terpulang pada diri masing-masing
-Kita tidak akan mampu mengubah keluarga,masyarakat,negara,dunia dan agama kita jika kita gagal untuk mengubah diri kita terlebih dahulu.
-Terlambat bertindak adalah lebih baik daripada tidak bertindak lansung.
-Orang yang gagal merancang adalah orang yang merancang untuk kegagalannya.
-"Cermin Diri,Hiasi Peribadi, Transformasi Kendiri"

Thursday 27 December 2012

Apabila Lelaki masuk dapur

Assalamualaikum....

Hari ini kena jadi chef kt ofis lagi.kali ni kena ajar budak2 kat ofis ni masak char kuew teaw.Tapi, ajar lisan jela. pandai2 diorang la imagine sendiri. Selepas dah berbuih mulut aku ni mengajar,last2 diorang mintak aku tulis je resepinyer....hadoiyai...mintak awal2 kan senang...hehehe ^-^

Maka,inilah resepinya :


Char Kuew Teaw
Bahan-bahan :
1.cili kering(kisar)
2.cili sos
3.sos tiram
4.sos lada hitam
5.kicap pekat dan cair
6.udang/kerang(rebus)
7.taugeh/kucai
8.bawang putih dan udang(kisar)

Cara-cara :
1.Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih dan udang ( yang dikisar) ,masukkan cili kering (yang dikisar) , sedikit cili sos , sedikit sos tiram, sedikit sos lada hitam dan kicap.
3.Tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.Tambahkan dua gelas air kosong (jika suka kuah banyak,masukkan lebih banyak air) dan satu senduk air rebusan udang.(boleh juga gunakan air rebusan udang sepenuhnya)
5.Tunggu sehingga mendidih.Kemudian,masukkan kuew teaw ,udang atau kerang.
6.Masukkan taugeh atau kucai.
7.Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu ke dalam kuali. (sebiji telur untuk segenggam kuew teaw.)Kacau sekejap sebelum api ditutup.
*Elakkan telur dari menjadi beku dan kuah menjadi kering.
*Bahan-bahan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jumlah hidangan yang ingin dimasak.

Wednesday 26 December 2012

KESEMPATAN VS MASA

Assalamualaikum...

Dalam kesibukan seharian,mesti ada juga yang terluah dari mulut masing-masing, "kalaulah ada masa" , "kalaulah ada kesempatan" , "kalaulah dapat undurkan masa dulu", bla bla bla....Kita selalu cakap tak sempat nak buat sesuatu kan...ada masanya kita salahkan masa yang tak cukup.Memang sudah menjadi lumrah manusia, bagi 24 jam sehari pun masih tak cukup. Kalau bagi 50 jam sehari pon tak akan cukup juga. Bila ada masa,banyak yang dilengah-lengahkan. Bila tak sempat, dah dekat dateline, baru kelam kabut kan??? Bukan cakap kat orang lain, orang yang tulis ni pun sama jer.

Pernah dengar ungkapan ni :
"Rebut masa lapang sebelum tiba waktu sempit"

Maksud ungkapan tu, bila ada masa terluang tu, isi la dengan perkara yang berfaedah. Kalau ada tugasan yang perlu disiapkan, siapkanlah secepat mungkin. Bila tiba masa sibuk nanti, mula la panik. Tak tahu yang mana nak dibuat dahulu. Takut,risau,cuak. Semua perasaan tu bercampur baur kan? Macam yang saya alami sekarang, tinggal lagi seminggu nak present thesis, nak buat hard cover lagi. Banyak perkara perlu diselesaikan. Jadi, kena susun jadual ikut masa yang tinggal ni. Terpaksa lakukan 'pecutan terakhir' untuk siapkan segalanya. Jangan risau, berdoalah kepada ALLAH supaya dipermudahkan segala kerja kita. Kan kepada ALLAH sahaja tempat kita mengadu dan meminta pertolongan??? All is well...In Sha ALLAH , everything gonna be okay...^-^




Sunday 9 December 2012

Demam Durian Crepe

Durian Crepe???
Sekarang dah jadi musim demam durian crepe kan?
first time makan,dah jatuh cinta...
apa itu durian crepe???
isi durian dilenyek-lenyek,dialas dengan aiskrim atau whiping cream dan dibalut dengan pembalut dia yang ala-ala macam lempeng....
tapi,
bahan-bahan dia lebih leceh la nak cari....
so,daripada buang masa nak buat,
order jela kat orang yang lebih pakar...
Syukur Alhamdulillah...
ada akak yang kerja kat ofis ni buat bisnes durian crepe...
so,order jela kat dia untuk bawak balik kat kampung...
teringin sangat nak bagi ma and adik-adik rasa...
Alhamdulillah...
diorang semua suka tapi tak mampu makan banyak sebab cepat kenyang...
kak long jela nak makan sampai 3 biji...
tapi,memang tak cukup la sebab bawak balik pon 5 biji je...
tu pun dah kerat dua tiap-tiap sebiji...
apa-apa pun berbaloi la bawak balik...
makanan yang sedap,
biarpun sedikit,
lebih enak dinikmati bersama-sama orang tersayang,
lebih bermakna... (^-^)

Thursday 6 December 2012

Tinta Duka Bersulam Doa : Cekalmu Bonda

Redup matamu bonda
menghantar seribu satu makna tersirat
tiap lontaran nasihatmu
mengandungi seribu satu rasa
antara terlihat atau tidak
antara terasa atau tidak
kasihmu sentiasa mengalir 
di setiap lakumu

Cekal hatimu bonda
memapar seribu satu persoalan
bagaimana bonda memperoleh 
semangat seteguh karang
yang tak terusik dilanda badai
bagaimana bonda memperoleh 
semangat seampuh rumput
yang tak luruh dipukul ribut
sesungguhnya
aku mengagumimu bonda

Tulus perasaanmu bonda
menitiskan seribu satu siraman harapan
agar anak-anakmu mendapat
kejayaan di hari muka
mengembalikan cahaya hidup yang semakin suram
menoktahkan suatu perjalanan 

Tegas lakumu bonda
melenyapkan seribu satu keegoan
yang tumbuh berakar umbi di lubuk hati anak-anakmu
melentur anakmu yang nakal
mendidik anakmu yang jahil
tentang erti kehidupan

Doaku buatmu bonda
agar dirimu dilindungi ALLAH
di dunia dan akhirat,
dikasihi ALLAH sepanjang masa
melebihi kasihmu terhadapku,
dan terus tabah mengharungi hidup 
tanpa ayahanda disisimu
hanya doa dapat ku kirim
saban hari yang ku jalani





Wednesday 5 December 2012

Tinta Duka Bersulam Doa : Sentuhanmu Ayahanda

Hari-hari yang ku lalui kini
terasa kosong
ayahanda tiada lagi didunia ini
tapi tetap terasa kehadiran auranya
tatkala pulang
di kampung halaman
di pondok kecil kita
kenangan kita di mana-mana sahaja

Dulu
tiap kali turun sahaja di bumi pahang
ayahanda akan setia
setia menjemputku di terminal bas
walaupun dalam keadaan letih,mengantuk,
ayahanda tetap menunggu ketibaanku di kala subuh itu
disaat orang lain sedang tidur
ayahanda menggagahi kudratnya untuk memandu
memandu kereta tua nya

Sekarang
ayahanda tiada lagi
apa yang tinggal
hanya secebis kenangan
kenangan yang pernah dicoretkan bersama
saat menemani ayahanda ke ladang
membaja,menebas semak samun
dan memberi lembu garam
pada malamnya membawaku ke sungai
mencari rezeki
membuat bekalan makanan
dan menjadi bahan jualan
tak pernah ku lupa
segala pesanan yang ayahanda ucapkan
selang tempoh kita bersama
di pondok usang
di tepi sungai
akan ku jadikan panduan hidup
selama roh di kandung jasad

Nanti
akan ku didik anakku
sepertimana dirimu mendidikku sejak kecil
ketegasanmu menjadikan diriku menjadi manusia
manusia yang dewasa
dalam mengenal erti kehidupan
setiap kata-katamu
bersemadi dalam kamus ingatanku

Doaku
semoga ayahanda damai disana
diletakkan di tempat orang-orang beriman
roh mu dicucuri rahmat illahi
menuju syurga abadi...

Dalam kenangan.....Ayahanda :
Ab Aziz bin Mohamad
06.12.1958
27.01.2012


Friday 12 August 2011

Musyhaf Buatmu : Tatkala Mata Memandang,Hati Terpaut..


tatkala mata memandang,
hati terpaut,
lantas zikrullah mengalir laju meniti bibir,
memuji keindahan ciptaan illahi....

tatkala mata memandang,
hati terpaut,
wajah nan selembut sutera,
hiasan hidup didunia,
yang solehah impian jejaka...

tatkala mata memandang,
hati terpaut,
minda terdetik,
apakah bisa dimiliki,
insan mulia pekerti,
agamamu perisai diri,
melawan godaan duniawi,
mendamba redha illahi...

tatkala mata memandang,
hati terpaut,
kenakalanmu menjadi penyeri,
akhlakmu menjaga diri,
mengharap restu pertolongan illahi,
apakah dapat ku miliki,
bercinta denganmu selepas dinikahi,
menggapai redha illahi,
menuju syurga hakiki...


*dambakan cinta sejati memerlukan kesabaran yang tinggi,letakkan cinta kepada Allah dan Rasulullah pada tahap teratas,kemudian cinta kepada ibu ayah,sanak saudara dan cinta sesama insan perlulah disuburkan dengan ketaqwaan....insyaALLAH........cinta sejati akan muncul suatu hari nanti....;-)