Hari ini kena jadi chef kt ofis lagi.kali ni kena ajar budak2 kat ofis ni masak char kuew teaw.Tapi, ajar lisan jela. pandai2 diorang la imagine sendiri. Selepas dah berbuih mulut aku ni mengajar,last2 diorang mintak aku tulis je resepinyer....hadoiyai...mintak awal2 kan senang...hehehe ^-^
Maka,inilah resepinya :
Char Kuew Teaw
1.cili kering(kisar)
2.cili sos
3.sos tiram
4.sos lada hitam
5.kicap pekat dan cair
6.udang/kerang(rebus)
7.taugeh/kucai
8.bawang putih dan udang(kisar)
Cara-cara :
1.Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih dan udang ( yang dikisar) ,masukkan cili
kering (yang dikisar) , sedikit cili sos , sedikit sos tiram, sedikit sos lada
hitam dan kicap.
3.Tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan garam dan gula
secukup rasa.
4.Tambahkan dua gelas air kosong (jika suka kuah
banyak,masukkan lebih banyak air) dan satu senduk air rebusan udang.(boleh juga
gunakan air rebusan udang sepenuhnya)
5.Tunggu sehingga mendidih.Kemudian,masukkan kuew teaw
,udang atau kerang.
6.Masukkan taugeh atau kucai.
7.Masukkan telur yang telah dipukul terlebih dahulu ke dalam
kuali. (sebiji telur untuk segenggam kuew teaw.)Kacau sekejap sebelum api
ditutup.
*Elakkan telur dari menjadi beku dan kuah menjadi kering.
*Bahan-bahan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jumlah
hidangan yang ingin dimasak.